I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 29 Mac 2011

Disaatku mencintaimu



Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku



Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Jumaat, 25 Mac 2011

KepadaMu aku memohon

Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada 
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta 
 nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu....

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid di jalan
Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam 
terakhirmu....




Isnin, 21 Mac 2011

Kasih Sayang...


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Rabu, 16 Mac 2011

Cinta teraKhir by Aiman

Kau cinta pertamaku

Kau cinta terakhirku

Tiada apa yang bisa

Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku

Satu antara seribu

Tiada tara di dunia

Chorus:

Mungkin kan terputus di tengah jalan

Mungkin kan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku

Satu antara seribu

Tiada tara di dunia

Back to Chorus
Mungkin kita kan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ketentuan Tuhan

















http://www.aimini.net/view/?fid=vxCEAZ89i8Thnj6ag3T7

Cerpen: Segalanya Bermula Disini

      Perkenalan yang hanya bermula di room chat akhirnya membuatkan ikatan persahabatan yang terjalin menjadi semakin akrab antara aku dan si dia biar pun dipisahkan oleh laut Cina Selatan, dari room chat sehinggalah ke facebook persahabtan yang terjalin itu telah menimbulkan rasa kasih dan sayangnya seorang sahabat sama seperti sahabat-sahabat online aku yang lain.


         Hari-hari yang berlalu telah membuatkan persahabatan yang terjalin  itu sukar untuk dipisahkan ini kerana aku semakin sayang dengan si dia. Tetapi aku sedar, mungkin perasaan kasih dan sayangnya kepada aku hanyalah sebagai  seorang abang dan adik dan  tidak lebih daripada itu. Seperti mana aku sering mengingatkan diri aku bahawa dia adalah abangku sama seperti abang angkat aku yang lain, kerana abang angakat aku juga sering mengambil berat akan diriku walau dimana aku berada itu bukanlah penghalang untuk mereka. Tetapi aku seakan-akan dapat merasakan sesuatu yang tidak sepatutnya aku lalui, dimana terdapat perbezaan diantara abang angkatku dengan si dia, ini kerana si dia sering kali muncul dalam hidupku apabila aku menghadapi masalah peribadi mahu pun mengenai pelajaran. Si dia akan memberikan aku nasihat dan semangat untuk aku terus bangun dan mencari penyelesaian akan masalah yang aku hadapi.


           Perkenalan yang pada awalnya membuatkan aku mula membenci si dia kerana si dia suka menyakat dan seringkali membuat aku marah. Namun sikap si dia yang suka menyakat itulah yang membuatkan aku semakin ingin mengenali dia dengan lebih dekat biarpun pada hakikatnya aku berada jauh dari dirinya. Apakah perasaan yang timbul ini hanya sekadar rasa sayang seorang adik  pada abangnya atau pun sebaliknya? Aku semakin manjadi tertanya-tanya pada diriku sendiri  kerana si dia pernah memberitahu aku bahawa dia mempunyai perasaan terhadap diriku, tetapi kenyataan yang diberikan itu langsung tidak aku peduli kerana bagiku  itu hanyalah gurauan si dia semata-mata terhadap diriku.


           Kini segalanya telah berubah andaian yang dulunya aku ingatkan sebagai satu gurauan telah mengubah prinsip diriku yang sering berfikiran agar tidak  menerima cinta jarak jauh dan membuang andaian itu jauh  dari hidupku. Setelah sekian lama aku mengambil masa untuk memberikan jawapan dan tidak mampu lagi untuk terus membohongi diri dan perasaan ini terhadap dirinya. Akirnya aku memberitahu kepada si dia bahawa aku juga mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya. Namun demikian aku tetap menanyakan beberapa soalan  kepada si dia untuk mendapatkan kepastian agar aku tidak bertepuk sebelah tangan.


          
             Jawapan yang dinanti telah pun diketahui biar pun jauh menjadi punca untuk tidak bertemu aku yakin suatu masa nanti dengan keizinan Dia yang maha berkuasa aku dan dia akan bertemu jua....insyahAllah....