I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 23 Ogos 2011

Harapan Ramadhan


  Pejam celik..pejam celik..kita sudah berada di penghujung bulan yang penuh dengan seribu satu nikmatan dan keberkatan....Alangkah indahnya jika kita boleh bertemu  dibulan yang mulia ini setiap tahun, tetapi itu semua belum tentu kerana ajal kita semua akan datang bila tiba masanya. Mungkinkah ini adalah ramadhan yang terakhir kita hidup dimuka bumi Allah.s.w.t ini...

   Apa pun yang amalan yang dilakukan pada bulan ini diharapkan semuanya akn diteruskan pada bulan-bulan yang akan datang kerana dalam bulan inilah kita melatih diri untuk mendekatkan diri kepadaNya, mengawal perbelanjaan seharian kita daripada melakukan pembaziran dan sebagaiya.....

Betapa banyaknya kebaikan di bulan ini, segala amalan yang kita lakukan dalam bulan ini dilipat gandakan ganjaranya tidak seperti dalam bulan-bulan yang lain. 



Begitu cepat masa berlalu,
Kau hadir membawa keberkatan,
Kini tiba masanya untuk kau berlalu pergi,
Meninggalkan seribu satu kenangan dibulan yang mulia ini.

Ramadhan pergi tibanya Syawal,
tangan ku hulur mohon kemaafan,
Andai ada silap dan salah.

........Salam Lebaran buat semua......




Ahad, 7 Ogos 2011

~Ramadhan Al- Mubarak~

Puasa dari segala-segalanya....Tingkatkan keiman kepadaNya

Tidak dinafikan hati terasa sebak apabila awal Ramadhan kali ini aku akan menjalani ibadah puasa di politeknik buat kali ke-3 dan merupakan puasa terakhirku di tempat aku menimbah ilmu. Terasa pilu dihati menyambut bulan Ramadhan tanpa keluarga tersayang disisi, awal ramadhan disambut dengan penuh rasa keinsafan dan keimanan dimana segala kebaikan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipat gandakan ganjarannya.



             Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan kita semua peluang untuk berjumpa dibulan ramadhan pada tahun ini, ramadhan datang setahun hanya sekali janganlah kita lupa akan kehadiarannya kerana terlalu leka dengan membuat persiapan raya sehingga kita lupa akan nikmat yang terdapat dibulan yang penuh kemuliaan ini. Pada bulan ini semua iblis akan dirantai dan yang tinggal hanyalah diri kita sendiri bersama nafsu yang akan sentiasa mencuba untuk mengalahkan kita, contohnya apabila kita pergi membeli juadah untuk berbuka puasa dibazar ramadhan kita hanya membeli dan terus membeli segala makanan yang terdapat di bazar berkenaan sehingga tangan kita menjadi penuh kerana terlalu mengikut selera, apa yang terdapat di bazar semua kita nak beli tapi apa yang akan berlaku selepas itu hanyalah pembaziran semata-mata.

Jangan sesekali kita melakukan pembaziran di bulan yang mulia ini.

       Ingatlah kembali tujuan dan misi kita pada bulan yang mulia ini, elakkan pembaziran, tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada yang Maha Esa kerana mungkin ini adalah ramadhan terakhir kita di muka bumi Allah S.W.T.  Tidak siapa yang tahu akan ajal mereka tepati gunakanlah kesempatan yang diberikan pada ramahdan kali ini untuk kita mengubah tabiat kita dari segala aspek. 

Cakap bila perlu...hindarkan diri daripada bercakap benda yang tidak bermanafaat


~Salam Ramadhan~