I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 23 Julai 2011

TIme 4 Go Car

Minggu menyibukkan diri, dimana dalam minggu ini majlis Konvokesyen ke-4 Politeknik Mukah Sarawak (PMU) telah berlangsung pada 21 Julai 2011 pada hari Khamis yang lepas. Pelbagai aktiviti yang telah di adakan bermula pada hari Isnin sehinggalah pada hari kemuncaknya dimana setiap jabatan yang terdapat didalam PMU telah mengambil bahagian untuk membuka booths untuk mengadakan pameran da jualan untuk mengumpul dana bagi jabatan masing-masing.






Part yang paling aku suka adalah first time nak mencuba bermain Go Car, dimana permainan Go Car ini hanya akan di keluarkan pada hari KOnvokesyen sahaja. Dimana jabatan Makenikal yang akan bertangguungjawab untuk mengendalikan GO Car ini, kerana ia nya adalah salah satu projek akhir yang telah di buat oleh pelajar-pelajar dari jabatan berkenaan ( malas nak bercerita pa njang2, cukuplah mukadimah yng pendek itu).




Time 4 Go Car........
tak pandai memandu bukan alasan tak nak  mencuba.... beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru itu adalah kata2 yang sering kali aq gunakan untuk mencari keberanian. Mana tidaknya aq tak pandai memandu tapi nak mencuba main GO Car, kalau aq terbabas masa tu disebabkan aq gementar takkan nahas bak kata orang " malang tak berbau" so kenalah sentiasa berhati-hati.


Bayaran untuk bermain Go Car ni sangatlah berpatutan kerana aq percaya semua orang mampu untuk membayarnya. 


Keseronokan bercampur baur bila tiba giliran untuk aq memandu Go Car, dalam ketenangan hati aq berdebar-debar sebab takut apa2 akan berlaku.....


...Kawan aq bermain Go Car....
 Niat di hati nak berlumba tapi apakan daya dapat pulak, disebabkan oleh kerosakan yang dialami oleh salah sebuah kereta Go Car, terpaksalah bermain berseorangan didalam kawasan kawasan yang panas.....hehehehhe....habis terbakar kulit di buatnya...huuhhuhuhu....



Sempat gak tngok cara abg2 ni hidupkan ejin


Macam2 gaya tengok abang-abang kat atas 2 nk hipunkan ejin, aq dengan kawan aq hanya mampu tergelak dan memerhatikan sahaja apa yang mereka lakukan dalam keseronokan tahap kesabaran pun teruji bila ujian datang melanda....bagai ada sesuatu yang akan berlaku disebabkan oleh niat ingin berlumba akhirnya salah sebuah daripada Go Car berkenaan tidak dapat dihidupkan....uhuhhuhuhuhuhu...........so kenalah aq menunggu giliran......





Masa yang dinantikan telah tiba......masa untuk beraksi....heppyyyyyyyyy.........litar lumba bagai aq yang punya....uhuhhuhuhu.......6 pusinang Rm3.00 pang berbaloiiiiiiiiii.......rasa nak main lagi tapi kena balik jaga booths pulakkkkk.....tapi tak rugi sebab pap yang aq inginkan da tercapai..........uhuhuhhu..pengalaman paling best....next time nk cuba lagiiiiiiii........



Selamat tinggal GO Car in PMU...iAllah next time nak cuba lagi..........saat terindah bersama my BFF in PMU....tengok semua macam ayu-ayu belaka.....tapi itu hanyalah diluarannnnnn.......wkwkwkwkwkwk.........

sekian........

Sabtu, 9 Julai 2011

...Aku & Kamu...

Mencintai tak bermakna akan memiliki,
Menyayangi tak bermakna akan disayangi.

       Itulah kata-kata yang sering aku gunakan untuk memberi peringatan kepada diri sendiri yang seringkali meningatimu, Namun apakan daya semuanya telah ditentukan, hadirmu hanya sementara dalam hidupku. Kau pergi tanpa meninggalkan sebarang pesanan, membuatkan aku sering kali tertanya-tanya pada diri sendiri?


       Kini genaplah 5 bulan perhubungan yang dicipta yang tidak diketahui akan perjalanannya, mungkinkah segalanya telah berakhir, hanya kau yang mengetahuinya. Pada hari ini genaplah sebulan kau hilangkan diri tanpa sebarang khabar berita, namun aku tetap menantimu dan akan tetap menunggumu untuk menanti sebuah jawapan yang tak pasti biarlah hanya masa yang menentukan


      Banyak orang kata " Cintai dia yang mencintai "  kerana orang itu akan benar-benar mencintai kita, sebaliknya juga demikian. Sesungguhnya cintailah Dia yang maha pencipta dan Insya-Allah anda akan memperolehi kebahagian dan cinta hakiki yang diberkhati olehNya....

Welcome Back

 Setelah hampir 8 bulan, kini aku kembali lagi untuk meneruskan perjuangan dalam menimba ilmu yang tak ternilai harganya. Kaki mula melangkah masuk ke Dewan Kuliah Utama ( DKU) untuk mendaftar sebagai pelajar SEM5, walau betapa berat pun kaki aku melangkah tapi aku berjaya melepasi kaunter-kaunter yang terdapat di dalam dan luar DKU. Alhamdulilah segala urusan pendaftaran aku berjalan dengan lancar, walau pun laporan akhir aku tidak diterima oleh pensyarah, tapi aku tidak merasa kecewa kerana itu adalah lumrah. Setiap laporan pertama yang dihantar akan disemak di suru buat balik, (bak kata orang lumrah er...).


...First picture yang diambil semasa hari ke-2 kat politeknik...

    Kini hampir seminggu aku di politeknik, ingin lupakan segala permasalahan yang berada di luar daripada poly tapi mampukah aku? Dengan tujuan dan azam yang baru aku ingin membuka lembaran baru untuk menimbah ilmu dan melupakan segala-galanya yang berlaku. Tapi aku tidak berdaya , lari dari masalah itu bukanlah satu jalan yang akan menyelesaikan masalah tetapi menambahkan masalah ( hahahaha).

Masuk poly dengan tujuan yang satu, semoga aku berjaya menempuhi segala dugaan yang melanda diharapkan pada semua yang membaca anda pun akan begitu juga, jagan sesekali mencampur adukkan masalah peribadi dengan pelajaran, pekerjaan atau pun sebagainya. 

Berfikir dahulu sebelum bertindak, gunakan akal fikiran yang telah dianugerahkan oleh Dia yang maha pencipta....