I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 28 April 2011

Geng Karas Al-Batani 07/08

Kebosanan melanda diri....tergerak hati nak tengok album yang ada dalam laptop ni, tak sangka pula ternampak album di zaman persekolahan...Masa aq melihat gambar-gambar ni kerinduan mula datang bertandang =( Sudah hampir 3 tahun zaman persekolahan aq tinggalkan namun kenangan masa sekolah masih segar diingatan bagai semuanya itu baru sahaja terjadi. 

Gambar Kenangan Majlis RUmah Terbuka Hari Raya 2008 bersama guru kelas Pn.Roslina Harun. 


Setiap gambar meninggalkan kenangan yang tersendiri dan yang paling best bila semuanya ada pendapat dan cadangan yang berbeza-beza untuk kecerian kelas. Semuanya saling membantu antara satu sama lain apatah lagi masa sportchek...hehehehe...Ada sahaja idea nak sembunyikan barang-barang terlarang di tempat selamat. Tapi itulah yang membuatkan hubungan kami sekelas menjadi semakin rapat, walaupun ada kalanya berlaku tidak kesefahaman antara kami. 

Hendak dikatakan sebut sahaja nama kelas Al-Batani mesti semua guru kenal akan perangai pelajarnya yang nakal dan suka buat peraturan sendiri. Setiap kali pertukaran subjek mesti keluar kelas kalau sorang dua boleh diterima tapi sampai 10 orang keluar dalam masa yang sama, pelajar lelaki keluar jalan-jalan cuci mata manakalah yang perempuan suka sangat pergi bilik guru dengan alasan hendak memangil guru subjek yang berikutnya. Jika diingat kembali ada satu kejadian yang berlaku iaitu semasa hendak balik ke kelas aq da beberpa orang sahabatku terpaksa berpecah  kerana takut disoal oleh Penolong Kanan dan membuat tidak kenal antara satu sama lain semasa berselisih dengan PK.Hem, memang seronok sangat-sangat sebab dapat melarikan diri....
Geng Karas Al- Batani.

Sepanjang tempoh persekolahan berlangsung mesti ada hari yang sering dinanti-nantikan selain daripada hari Jumaat, ini kerana peraturan yang tidak ada didalam peraturan sekolah akan direka hasil daripada persetujuan bersama. Peraturan sendiri ini akan wujud bila semuanya tidak mahu menukar uniform sekolah selepas tamatnya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan bersepakat agar tidak keluar dari kelas semasa waktu rehat agar tidak kedapatan oleh guru-guru. Sehinggalah pada satu masa dimana peringatan dan amaran terlah dikeluarkan semasa perhimpunan agar semua pelajar hendaklah memakai uniform sekolah apabilah tamatnya waktu PJK atau pun selewat-lewatnya pada masa rehat. Sungguhpun peringatan dan amaran telah dikeluarkan ia nya seolah-olah masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri, tidak memberikan sebarang kesan pada diri.

Orang-orang yang sering kali turun padang untuk membuat kecerian kelas.

Kalau nak diceritakan semuanya yang terjadi masa zaman persekolahan memang sampai esok pun tak akan habis sebab terlalu banyak setiap hari ada sahaja cerita baru. Ini sahaja yang termampu untuk di kongsikan bersama. 

Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana aq dan semua rakan-rakan seperjuanganku telah lulus dengan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 08' (SPM) dan sekarang semuanya telah  melanjutkan pelajaran  dan membawa haluan masing-masing untuk berjaya di dunia dan akhirat. 

Pesan buat semua "Biar Kita Nakal Asal Berakal" o.k.......hehehehe


Jumaat, 15 April 2011

~Renungi Diri~

Kita lahir dengan 2 mata di depan wajah kita,
kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.
Tapi pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan kiri,
supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan serta  memilih
mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya.
Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran dan idea kita.
Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengn 2 mata, 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut.
Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti,
bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.
Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Rabu, 6 April 2011

Puisi Jauhkan Rindu


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

Makna Disebalik Perkataan "Bye", "A'kum" dan "Semekom"....



Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud

"Di Bawah Naungan Pope".

Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud
"Binatang" dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna "Semekom"
kerana"Semekom"bermaksud "Celaka Kamu."

Gunakan perkataan" As Salam"
sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum".  Tolong forward kepada umat
Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..