I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 10 Jun 2011

Bersama Si Kecik =)


Cuti semester telah bermula.....

     Selepas sahaja tamat latihan industri, aku terus membuat perancangan untuk mengisi masa lapang yang agak panjang. Ini kerana cuti semester kali ini adalah selama 2 bulan, dalam tempoh 2 bulan inilah aku akan mengisi masa lapang aku dengan membuat kerja-kerja yang berfaedah dan akan memberikan aku satu pengalaman yang baru.
Baby syaqira, bru je nak masuk 6bulan...tembam je  pipi die...sore die pun leh  tahan kuat gak..uhuhuh
Zakwan salah seorang kanak2 kat TLK ni...hehehe...die ni istimewa  dr dak2 lain...



Kisah aku bermula disini.....heehehehe ( berkias pula bahasa aku ni)

      Banyak orang yang suka akan kanak-kanak tapi siapa sangka dengan  menjaga kanak-kanak yang lebih dari seorang, dua boleh membuatkan kesabaran seseorang itu tercabar macam aku. Tidak dinafikan aku begitu sukakan kanak-kanak tetapi semuanya bergantung pada keadaan, ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai ragam mereka yang bersendiri. Seorang kuat mengacau, seorang lagi kuat menangis yang sorang pula hendakkan perhatian, sedangkan kita hanya mempunyai dua tangan yang sudah pastinya tidak mampu untuk melayan semua kanak-kanak ini. Tetapi alhamdulilah aku berjaya juga untuk menguruskan kanak-kanak ini dengan tunjuk ajar dan nasihat yang telah kakak aku berikan.

Zara....tngok je mate die 2 cantik an....siap posing gi 2...uhuhhuhu

     Pada mulanya aku memang merasa agak kekok sekali kerana aku tidak pernah memandikan kanak-kanak yang lebih dr seorang, tapi aku gagahi diri juga untuk menguruskan kanak-kanak ini kerana bagi aku itu adalah amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh ibu bapa sepanjang anak-anak mereka berada didalam penjagaan pihak taska.

Tekun je dak wafi  ni mewarna....tp mule2 je tekun bab die nk x suke  duk diam2...heheheeh

Aktiviti mewarna untuk kat hari IBU


    Kanak-kanak yang aku jaga berumur dari 5 bulan sehinggalah yang berumur 3 tahun, mungkin ada antara rakan- rakan aku tidak menduga yang aku akan menjadi seorang pengasuh tetapi ianya telah terbukti dan ini merupakan pengalaman yang mungkin amat berguna pada aku dimasa akan datang.
Jovan & Mawadah....siap pegang tangan gi...huuhuhuhhu

Best je tngok budak2 ni main....rase  nk join je....uuhuhhu


Cuti semmester yang menambahkan lagi pengalaman dalam diriku....heheeheheheheh