I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 17 Mei 2011

Hanya padamu...

         Semua yang terjadi tanpa dirancang, perasaan muncul dengan tiba-tiba. Adakah hati aku telah dicuri tanpa disedari, untuk melepaskanmu adalah sesuatu yang amat sukar untuk aku lakukan kerana aku amat mencintaimu. Kini dugaan datang melanda bila orang yang dulu kau sayangi telah muncul kembali, dan aku menjadi orang tengah antara kau dan dia. Betapa sedihnya diri ini kerana tidak sanggup melukakan hati orang yang amat aku sayangi iaitu orang telah aku kenali dengan panggilan mama. Tapi mengapa ini semua terjadi pada diriku? Adakah ini dugaan yang perlu aku hadapi kerana memilih cinta jarak jauh, kepercayaan dan kesetiaan yang aku berikan kepadamu tidak ternilai kerana aku tidak mahu membuat andaian sendiri. Namun semakin aku menafikan apa yang aku rasakan semakin aku merasa sangsi kepadamu, maafkan aku kerana tidak mempercayaimu.
Genggamlah tanganku andai kau tidak mahu lepaskan aku pergi

        Kini aku hanya berserah kepadaNya yang maha mengetahui, apa pun takdirnya aku akan terima dengan hati yang terbuka kerana aku hanya ingin melihat kau bahagia dengan orang yang mencintaimu dan dengan pilihan hatimu sendiri. Perkenalan yang tercipa akan aku ingati sampai bila-bila, apa pun yang terjadi aku akan sentia mendoakan kebahagianmu.

Terimakasih kerana telah mencintai dan menyayangiku, apa pun takdirnya aku hanya berserah...
Khas buatmu insan yang amat aku sayangi, kenangan bersamamu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila...


Isnin, 2 Mei 2011

Kerana Aku Cinta

Dulu, seawal perkenalan kitA,
saya lah orang yang pertama awak cari...

Dulu, awak sentiasa ada waktu untuk bersama dengan saya,
Walau awak sibuk sekalipun, masa awak akan ada untuk saya,  
Sekejap pun mesti ada...

Dulu, awak selalu call dan mesagges saya,
Kalau saya tak balas, awak mesti gelisah da n cari saya...     

Dulu, masa kita gaduh, awak cuba pujuk saya,
Tak pernah berkasar dengan saya,
betapa lembutnya bahasa awak...                                               

Dulu, awak selalu cakap awak sayang saya sangat-sangat,
Awak selalu luahkan yang awak rindukan saya...

Dulu, awak buat segala-galanya untuk saya,
Sehingga membuatkan saya jatuh hati pada awak,
Hinggakan kasih sayang saya hanya untuk awak seorang...

Demi sayangnya saya pada awak, 
Saya sanggup tolak cinta orang lain,
Saya nak awak seorang je dalam hati saya...

Bila saya bercakap dengan awak, 
Saya gunakan kejujuran dan keikhlasan,                                     
Saya tak nak awak terluka,
Sebab saya terlalu  sayangkan awak...                                          

Saya mengadu semua masalah saya pada awak,
Sebab saya dah anggap awak sebahagian dari hidup saya,
Betapa pentingnya awak dalam hidup saya...

Kalau boleh setiap masa, saya nak jaga hati dan perasaan awak,
Saya tak nak awak terasa pada saya,
Setiap kesalahan yang saya lakukan, 
Saya akan cuba perbetulkan...

Kini, setelah saya buat segala-galanya untuk awak, 
Awak sia-siakan saya,
Awak abaikan saya, 
Abaikan perasaan saya,
Awak tak hiraukan pun bila saya menagis kerana awak,
Kenapa awak?

Awak da jarang call saya,
Awak cakap awak sibuk,
Message kat saya pun tak,
Tapi  awak boleh pulak buka Online,
Kenapa awak tipu saya?
Pernah ke saya tipu awak?

Setiap kali bergaduh, awak lari dari masalah,
Bukan nak pujuk saya pun,
Awak buat salah, tapi awak salahkan saya balik,
Bukan awak nak minta maaf pun,
Betapa terlukanya hati saya...

Awak dah tak jujur pada saya,
Inikah orang yang saya kenal dulu?
Bila saya dah sayang awak sangat-sangat, 
Awak buat tak tahu je pada saya,
Awak cakap awak sayang saya,
Tapi kenapa buat saya macam ni?

Awak tahu tak, saya tak pernah menduakan kasih sayang dan cinta saya pada awak,
Hanya awak seorang yang ada dalam hidup saya,
Saya tak perlukan orang lain.,
Hanya awak seorang yang saya perlukan...

Berkali-kali awak lukai hati saya,
Berkali-kali juga saya menitiskan air mata,
Tapi awak tak pernah memahami...

Walaupun awak selalu sakiti saya, menipu saya,
Beribu kali pun awak lukai perasaan saya,
Saya tetap akan maafkan awak...

Kasih sayang saya pada awak dan  akan selalu memaafkan awak,
Cinta saya sentiasa mengampuni kesalahan awak...

Kasih sayang dan cinta ini tak akan pernah terhapus,
Malah saya akan sentiasa menghaparkan suatu hari nanti awak akan sedar...

Awak, dengarlah dan fahamilah...
Sayang saya untuk awak terlalu ikhlas...

"Hargailah orang yang menyanyangi kita sebelum ia "PERGI MEINGGALKAN KITA UNTUK SELAMANYA"


Genggamlah tanganku dan janganlah sesekali kau melepaskan ia  pergi...kerana aku sangat mencintai mu...